Beroperasi sejak 2012

Pusat Dialisis Terbesar
Di Kota Tinggi

Dipercayai. Berkualiti. Ihsan

Dimiliki sepenuhnya oleh Alfath Mahmur Sdn Bhd

Berdaftar & Berlesen Penuh KKM

Ahli Korporat Badan Piawaian Kualiti Kesihatan Malaysia

Ahli Persatuan rasmi Pengusaha Pusat Hemodialisis Bumiputera Malaysia

Bagaimana Mendapatkan Perkhidmatan Kami?

Ikuti langkah mudah ini:

Hubungi Kami

Dapatkan Tempahan

Datang untuk Rawatan

Cerita Kami 

Dari 6 Mesin ke Pusat Terbesar di Kota Tinggi

Pusat Dialisis Ikhlas bermula pada tahun 2012 dengan satu matlamat dan impian untuk memberikan rawatan yang selamat, berpatutan dan tidak membebankan berteraskan ihsan kepada komuniti.

Ketika itu, operasi kami bermula dengan hanya 6 buah mesin dialisis dan sebuah pasukan kecil yang berdedikasi.

Hari ini, dengan 35 mesin diluluskan KKM dan pasukan klinikal yang semakin kuat, kami tetap berpegang kepada nilai yang sama: menjaga setiap pesakit seperti keluarga sendiri.

Falsafah Kami

Dipercayai. Berkualiti. Ihsan.

Bagi kami, dialisis bukan sekadar rawatan.

la adalah perjalanan panjang yang memerlukan sokongan, kasih sayang dan kesabaran.

Dan di setiap langkah itu, kami memilih untuk hadir bersama anda.

Mengapa Pilih Pusat Dialisis Ikhlas?

Pusat Dialisis Yang Dipercayai Pesakit

Perkhidmatan Kami

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan yang dapat  mengoptimumkan tahap kesihatan pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis di Pusat Dialisis Ikhlas

Pakej Rawatan Hemodialisis

RM200/sesi Termasuk:

  • Rawatan HD
  • Prosedur Jururawat
  • Konsultasi Pakar Buah Pinggang
  • Pemeriksaan Doktor PIC
  • Ujian Darah Berkala

(Optional) Caj tambahan jika perlu:

  • Suntikan Epo
  • Suntikan Vaksin Hep B
  • Suntikan IV Iron
  • Single use dialyzer
  • Kos dressing catheter
  • Kos transport

Kenali Pakar Nefrologi & Doktor Kami

Dapatkan Rawatan Buah Pinggang Terbaik dengan Ahli Nefrologi Kami

Dr Poh Siong Wi

Pakar Nefrologi

20+ tahun pengalaman
MBBS (IMU), MRCP(UK), Fellowship Nephrology (Malaysia)

Brig Jeneral (B) Dato’
Dr. Muhammad Ello bin Muhammad Sued

Pakar Nefrologi

30+ tahun pengalaman
MD(UKM), M.Int Med (USM), DAP&E(MAL), Master Renal Medicine (London), DIC (London)

Dr.Mohamad Afiq
Bin Ghazali

Doktor Yang Menjaga

10+ tahun pengalaman
MBBS(Cyberjaya), Pg Dip Occupational Medicine (Ireland), MBA (Healthcare & Strategic Management), CHFM

Pengalaman Pesakit Kami

Testimoni

Panel Penaja & Bantuan

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Lazim Dialisis untuk Pesakit Baru

1. Apakah dialisis?

Dialisis membantu membuang sisa toksik, garam, dan air berlebihan daripada darah apabila buah pinggang tidak lagi berfungsi dengan baik.

Anda memerlukan dialisis jika buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik disebabkan oleh penyakit buah pinggang kronik (CKD) atau kegagalan buah pinggang. Dialisis mengambil alih beberapa kerja buah pinggang anda untuk membantu mengekalkan kesihatan anda.

Hemodialisis: Biasanya 3–4 jam setiap sesi, tiga kali seminggu.

Dialisis tidak menyakitkan, walaupun anda mungkin berasa sedikit tidak selesa apabila jarum dimasukkan. Kebanyakan pesakit menyesuaikan diri dari semasa ke semasa.

Anda perlu mengikuti diet khas:
  • Hadkan pengambilan garam, kalium, fosforus dan cecair.
  • Makan protein yang cukup untuk kekal kuat.
Pasukan kesihatan kami akan membimbing setiap pesakit mengenai diet pemakanan.

Dialisis tidak menyembuhkan kegagalan buah pinggang, tetapi ia boleh menggantikan beberapa fungsi buah pinggang dan membantu anda hidup lebih lama dan berasa lebih baik. Pesakit dialisis kami didaftarkan di dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang kebangsaan yang dapat menyembuhkan pesakit.

Ketiadaan dialisis boleh menyebabkan sisa dan cecair terkumpul di dalam badan anda, yang membawa kepada masalah pernafasan, bengkak, tekanan darah tinggi atau masalah jantung. Sentiasa berbincang dengan pihak dialisis anda jika anda perlu menjadualkan semula.

Anda akan disokong oleh pasukan penjagaan dialisis, termasuk:
  • Pakar Nefrologi (doktor buah pinggang)
  • Jururawat Terlatih dan pembantu dialisis
Hubungi Pusat Dialisis selaku penjaga kesihatan anda jika anda perasan:
  • Demam atau menggigil
  • Bengkak atau sesak nafas
  • Sakit atau kemerahan di sekitar tapak akses atau kateter anda
  • ⁠Pertambahan berat badan secara mendadak
  • Kekejangan otot atau pening

Alamat
No. 21, 23, 25 & 27, Jalan Berlian
Utama 2, Taman Daiman Jaya,
81900 Kota Tinggi, Johor

Telefon
07-8821576

Waktu Rawatan
Ahad – Jumaat
Syif 1 = 6.30am-11.00am
Syif 2 = 11.00am-3.00pm
Syif 3 = 3.30pm-7.30pm

Sabtu: Tutup

Waktu Kaunter Resepsi
Ahad – Khamis: 8am-5pm
Jumaat: 8am-12.30pm; 2.30pm-5pm

Email
mail@dialisisikhlas.com.my

Tempah Sekarang

Slot terhad!

Dapatkan rawatan dialisis yang selamat dan selesa bersama pakar berpengalaman kami.

Call Now Button